Monday, March 21, 2011

Karnival Pengantin PICC Putrajaya Mei 2011


Alhamdulillah.. Gabungan ke-2 akamikagift.com bersama-sama rakan cetak lain di bawah RahsiaCetak.com telah mengesahkan tempat untuk memberikan saingan sihat didalam industri perkahwinan dan pengantin dengan menyediakan perkhidmatan percetakan produk-produk cenderahati yang unik dan boleh di dapati dengan harga yang mampu milik malah lebih berharga dan bernilai tinggi.

Dari Wangsa Walk Mall (Expo Kahwin 2011) , kami kini sedang mencuba nasib di PICC Putrajaya pula(Karnival Pengantin 2011) anjuran dRich Vision dan portal perkahwinan popular setelkahwin.com.

Tandakan Kalendar Anda 6,7,8 Mei 2011 ini !

Apa Tema ?

Nampaknya kami juga terkena sudah tempiasnya “Teater Kampung Boy The Muzikal yang sedang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya.16 Mac – 3 April 2011. Jadi di pameran ini kami akan membawa tema “Kg Boy” , dan semestinya pelukisnya ialah…Datuk Lat Jonos.

Kenapa Mesti Datang ? !

  1. Kami akan buat jualan lebih rendah dari harga biasa kami jual melalui laman web akamikagift.com. Diskaun bermula dari 15% untuk setiap produk walau minimum tempahan ialah 1 pcs.
  2. Kami akan menaja majlis perkahwinan anda dengan cenderahati unik kami iaitu______yang bernilai RM 500.00. Pemenang akan di tentukan melalui Cabutan Bertuah, dimana jika anda datang, hanya masukkan nama anda dan pasangan serta sedikit maklumat anda seperti no tel, tarikh majlis, dsb . kedalam kotak ‘keramat’ yang di sediakan. Kami akan cabut kepada sesiapa yang bertuah. Tidak perlu beli produk kami untuk menyertainya. percuma sahaja.

Lokasi Di Mana ?

Booth no 78 ( berdekatan Exit door’ bersebelahan ‘Entrance’ ), Hall B PICC Putrajaya.

“Persembahan Artis antaranya Ana Raffali, Atilia & Monoloque(Kanda Dinda), One Nation Emcee, Altimed , & Fobulous Cat juga ada “

Ok jemput datang kerana di sana nanti adalah ‘one stop centre’ untuk persediaan majlis perkahwinan anda !

2 comments:

Unknown said...

berminat gak dgn produk abg...
jumpa di picc nanti...sy di boots no 5...

Cenderahati | Cenderamata | Hadiah | Perkahwinan |Akamika Gift said...

terima kasih :)
ok..jumpa di PICC nnt .. orait..