Tuesday, March 15, 2011

Ekspo Kahwin Kl 2011 (Edisi 2) - Day 1

Ok kali nie... nak update sedikit mengenai event yang pertama kalinya di sertai oleh akamika gift iaitu Ekspo Kahwin KL 2011 (Edisi 2) di wangsa walk mall.

Akamika Gift telah bergabung dengan beberapa rakan lain iaitu - En Nadzri dari kugeeku.com dan juga En Ariff dari 3rStudio. Dan kami bergabung di bawah satu nama iaitu Rahsia Cetak.

Kami berkampung di wangsa walk mall selama 3 hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Dan pelbagai produk - produk cenderahati di tawarkan... dengan harga yang lebih murah dari biasa... Rugi tau sapa yang tak datang.. kerana diskaun yang di berikan adalah sehingga 15%!!!







Produk cenderahati utama dari kami adalah Shikaku Glass atau dengan nama lain Tetris glass.








Gelas mini bersaiz 2x2 inci dan berbentuk segi empat.. Keunikkan gelas ini ..di tambah pula dengan karikatur yang boleh di muat kan sehigga 4 kisah cinta anda...

Pelbagai produk cenderahati yang boleh di tempah... selain dari gelas, anda juga boleh menempah mousepad, keychain, fridge tiles magnet, balang bergambar, jigsaw puzzle dan yang menarik dan makin mendapat permintaan ialah pillow cushion bergambar..

Itulah serba sedikit gambar di hari pertama kami di ekspo kawin kl 2011.. tunggu update seterusnya...!!!

No comments: