Thursday, January 13, 2011

Bagaimana saya bermula...


Bagaimana saya bermula.. itulah yang akan di ceritakan pada entry kali ini.. tapi secara ringkas ye...
Saya hanya bermula dari rumah... iaitu pada 26/4/09 ... setelah menyertai bengkel rahsia cetak... Pada awal nya...saya hanya menggunakan sedikit sudut ruang tamu untuk meletakkan display item... takde org dtg rumah pun sebenarnya... sebab tersgt awal.. org pun tak kenal siapa dan apa itu akamikagift. Kalau ada customer pun..hanya jumpa di luar sahaja...


Setelah mempromosi secara konsisten secara ONLINE sahaja... akhirnya.. customer mula kenal akamikagift yang menyediakan cetakan barang2 untuk perkahwinan terutamanya mini gelas dan juga mini mug.. Jadi.. bila customer mula kenal.. sample pun bertambah sedikit demi sedikit...jadi saya beli rak untuk susun sample2 di sudut rumah ...Bunting.. pun saje di buat walau pun tidak di advertise kan di mana2 pameran atau luar rumah...
Ini sebab nak bagi ada semangat dan "feel" home business...


Makin lama .. makin ramai yang kenal dengan akamikagift ... pada awal nya dari org perseorangan... dan lama2... dari syarikat swasta.. dan juga kerajaan... macam tak percaya..tapi alhamdulillah...rezeki tu ada... selagi konsistent dengan apa yang di buat.. hasilnya tetap ada...

Dan setelah hampir setahun... bukan sekadar mini mug, atau mini glass..produk2 akamikagift..telah bertambah... , botol air plastik, keychain, palque, pinggan , mug besar...button badges... dan beberapa produk lagi...

Bukan sekadar tambah rak display yang semakin bertambah..tapi jugak penambahan beberapa mesin cetak ...dan para pelanggan juga ramai yang telah berkunjung ke rumah saya untuk melihat produk2 yang di tawarkan... almaklumla..dah banyak produk..so dah tak boleh jumpa di luar lagi dah..jenuh nak usung banyak2...


Pelanggan2 akamikagift ... adalah dari serata semenanjung malaysia dan juga sabah sarawak...
ada juga dari Brunei dan Singapura :) Majoriti pelanggan adalah di luar kawasan perumahan sy... maklumla..100% ONLINE... menarik kan? Pelanggan2 memberikan kepercayaan mereka dengan menempah produk2 akamikagift walaupun berjauhan... dan semuanya telah selamat di terima ... Saya sgt2 berterima kasih kepada semua pelanggan2 sy..kerana mempercayai saya...

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA..

Dan kini... bagi tahun 2011... perniagaan secara FULLTIME HOMEBASED saya kini..makin berkembang... dengan rak yang lebih besar.. , penambahan produk2 akamikagift.. lagi..iaitu bantal, pelbagai jenis keychain, koler pin, tiles, fridge magnet, mug pelbagai warna..kotak custom made, tshirt, beg, woven bag, bookmark..dan pelbagai lagi...yang akan di update...

dan segala2 nya ini ...adalah hasil dari jualan secara fulltime homebased... hanya dengan bermodalkan RM 2500 pada permulaannya... dan ini semuanya di buat secara ONLINE sahaja..
dengan itu ..cukup la serba sedikit mengenai bagaimana saya bermula...

Jadi anda bagaimana? jika berminat untuk menyertai bengkel rahsia cetak yang di tawarkan... boleh email saya di akamikasupport@gmail.com

* dengan syarat anda betul2 berminat... kalau setakat nak berniaga je dan nak duit.. baik lupakan ... kerana anda perlu konsistent dan memerlukan kreativiti

Apa tunggu lagi..hanya bermodal kan RM 2500 sahaja!!!

p/s: kalau buat OFFLINE..pastinya anda akan dpt lebih lagi...

Sekian dari saya

(Afdhal )
0173722584
Creative Director AkamikaGift
STUDIO AKAMIKA (SA0152004-V)

2 comments:

anisyafrina said...

best!! teruskan berjuang ok! nak follow blog kamu.. mane la tau satu hari nanti nak order benda2 macam ni untuk ape2 majlis.. dah tak payah susah2 nak cari.. good luck :)

seni manik said...

saya pon ade gak bukak bisnes..baru je 4 bulan..tp kecil2 je..start pon memang dari rumah.ade problem dari segi marketing..xtaw macamane nk promote..Kalo boleh nk minta pandangan Encik sket..Bole??